AssaLaMuaLaiKuM..pembuka bicara


Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum...

Tiada kata yg dapat diucapkan selain memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi kesempatan untuk saya mencoretkan kata2 dan berkongsi info di dalam blog ini..
Semoga usaha yang sedikit ini dapat memberi manfaat untuk semua.. Diharap sape2 yg buka blog ni dpt sesuatu yg menarik walaupun sedikit...INSYAALLAH.....

Assalamualaikum penutup kata,
Tiada kata seindah bahasa,
Marilah berkongsi rasa & idea,
Untuk p'kongsian kita bersama...

Wassalam.......

Saturday, December 19, 2009

KeLeBiHaN SuRaH YaSiN


RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia

mengandungi keberkatan"... Antara keberkatannya ialah :


1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.


Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali. "

Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya. "

Thursday, December 17, 2009

LeLaKi SoLeH???

                                                      

Lelaki Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal (bukan dari sumber yang haram) serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam.

Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila-bila masa sahaja. Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya.

KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS.....

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasulullah saw.


2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat hidupnya.


3. Mati syahid adalah cita - cita hidup yang tertinggi.


4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.


5. Ikhlas dalam beramal.


6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.


7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.


8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.


9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.


10. Solat malam menjadi kebiasaannya.


11. Tawakal penuh kepada Allah Taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt


12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.


13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.


14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.


15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.


16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.


17. kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.
 Selain daripada ciri-ciri diatas, orang orang yang soleh juga merupakan insan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt. setelah para nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.


Tugas - tugas dan kewajipan Lelaki Soleh........

1. Mencari nafkah ( belanja hidup)


2. Berjihad Fisabilillah.


3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.


4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.


1. MENCARI NAFKAH


Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum Lelaki kerana kelebihan dalam penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya. Oleh itu Lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada keluarga, agama, bangsa dan agamanya. Inilah sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin bagi kaum wanita. Oleh itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak akan melalaikan tugas ini. Ia wajib bekerja menurut apa sahaja kemampuannya. Dalam melaksanakan tugas ini, dia haruslah MEMBETULKAN NIATnya iaitu ikhlas untuk mencari keredhaan Allah swt. Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi perkara yang halal.

Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama. dia bekerja didunia untuk mencari keuntungan di akhirat, bukannya mengejar keduniaan semata-mata. Dengan cara ini, usahanya akan sentiasa berhasil dan berjaya didunia dan akhirat. Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud; Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.

 " Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik, kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan amalan sunnah, maka Allah dan RasulNya memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak".

Antara cara cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah:

1. Riba,


2. Penimbunan barang barang yang menjadi hajat orang ramai,


3. Perjudian dan perdagangan minuman keras,


4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang,


5. Mencuri


6. Memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang diterangkan dalam surah An Nisa 4, ayat 29.


2. BERJIHAD FISABILILLAH


Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak ketinggian Islam. Tidak ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi Jihad. Orang soleh tidak sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah sebaliknya sentiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah dengan gelaran paling indah iaitu MUJAHIDIN. Inilah yang dimaksudkan dengan lelaki soleh, yang mana pekerjaan utamanya membunuh atau terbunuh. Jika tidak terbunuh, maka ia mesti membunuh. Tidak terdapat alternatif lain kecuali satu antara dua 'YUQTAL AU YAGHLIB' yakni TERBUNUH atau MENANG.


3. MELINDUNGI DAN MEMBELA KAUM YANG LEMAH DAN TERTINDAS


Sememangnya sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari peluang untuk menindas dan menakhluki negara-negara serta umat- umat Islam. Orang orang yang soleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak balas supaya umat-umat Islam tidak akan ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh golongan tersebut.

" Wahai lelaki soleh...! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan, bayangkan langit dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah yang akan tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini. Orang orang yang lemah dan sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu. Mereka berdoa agar kamu segera tiba untuk menjadi pembela dan penolong bagi mereka."


Inilah laungan yang senantiasa terdengar daripada golongan golongan yang tertindas dan mengharapkan bantuan. Oleh itu lelaki yang soleh haruslah memainkan peranannya sebagai pembela agama sama ada secara langsung ataupun tidak langsung demi untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam


4. MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI......


1. Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri isteri yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri solehah.


2. Menangani isteri yang bodoh dan keras kepala dengan bijaksana sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.


Sabda Rasulullah: Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku. ( hari Ibnu Majah )

Wednesday, December 16, 2009


PETUA IMAM SYAFI'E


4 PERKARA UNTUK SIHAT & MENGUATKAN BADAN

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas


4 PERKARA MELEMAHKAN BADAN :

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam


4 PERKARA MENAJAMKAN MATA :

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih


4 PERKARA MEROSAKKAN MATA :

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat


4 PERKARA MENAJAMKAN FIKIRAN :


1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama


4 CARA TIDUR :

1)  TIDUR PARA NABI

> Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

 2)  TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

> Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

 3)  TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

> Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

 4)  TIDUR SYAITAN

> Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


** Semoga perkara ini menjadi amalan kita semua sebagai orang Islam... Ilmu yang bermanfaat    ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

UMMiKu.......SaYaNg...



MEMANCAR SANG SURIA
MENYINAR CAHAYANYA
BEGITULAH BERSERI
WAJAH UMMIKU SAYANG.....

AKU SAYANG UMMI
UMMIKU SAYANG UMMI
SAYANG SAYANG UMMI
UMMIKU SAYANG.......


"Kasih ibu membawa ke Syurga...
Kasih ayah tiada penghujungnya"

betullah ungkapan itu,memang tidak dapat disangkal lagi...
kerana 'SYURGA' itu di telapak kaki ibu..

Ummi...
pengorbananmu sungguh besar sekali,baktimu sukar ku cari ganti,
kasih sayangmu tiada terhenti,budimu ku sanjung tinggi,
tanpamu aku tidak mungkin berjaya sampai ke tahap ini...
Tanpa abah di sisi,namun ummi tetap sabar dan tabah mengharungi liku2 hidup yg mencabar ini..sanggup berkorban demi anak2 seorang diri...

Ummi..
terlalu banyak dosaku terhadapmu..selalu menyakitimu dengan kata2 dan perbuatan tetapi aku tahu engkau tidak pernah simpan di dalam hatimu..pengorbananmu tidak dapat ku balas dengan apa pun sekalipun wang ringgit kerana jasamu lebih besar dari segala2nya..namun ku berjanji akan sentiasa menjaga dan menyayangimu serta tidak akan mempersiakanmu selagi ku bernafas di alam ini...
InsyaAllah..........

Sehingga arini dan selamanya aku akan tetap menyayangi dan menyanjungimu ummi........terima kasih atas segalanya..........

YA ALLAH..AMPUNKANLAH DOSAKU DAN DOSA KEDUA IBU BAPAKU...
AaMiiN....Ya Rabbal'alamin



Tuesday, December 15, 2009

SiHaT AnGGuN...

KeGuNaaN tOMaTo.... " untuk kulit menjadi jelita secara semulajadi "

     Selain untuk kulit, ToMaTo juga banyak manfaat  dan khasiat  untuk kesihatan.
  • Tomato m'punyai likopena yang memberi warna merah kpd tomato iaitu boleh mengurangkan risiko kanser dan penyakit kardiovaskular. Selain itu, produk tomato seperti sos,pes,puri dan jus mengandungi kepekatan likopena yg lebih tinggi b'banding likopena drpd tomato segar atau sumber tumbuhan lain spt tembikai dan betik.
  •  ToMaTO juga m'punyai Vitamin C yg bertindak sebagai antioksidan dan boleh mengurangkan tekanan darah & menurunkan paras kolesterol, m'bantu membentuk tisu penghubung, menjaga kesihatan kapilari dan juga gusi.
  • M'punyai Vitamin A yg dapat m'bantu dalam pembentukan kulit, rambut dan membran yg sihat serta pembentukan tulang dan gigi.

TIPS SIHAT :

BAIK UNTUK KENCING MANIS
- kandungan karbohidrat dlm tomato yg sgt rendah baik utk pesakit diabetes dan mengawal peratusan gula dlm air kencing.

BAIK UTK MATA
- baik utk mata khususnya rabun malam & rabun jauh...
- daun tomato utk merawat saraf optik dan lemah mata...ambil segenggam daun tomato yg baru dipetik ..
bilas dan rendam selama 15 minit dlm air panas (tidak terlalu panas) di dlm bekas tertutup dan sejatkan... air ini adalah tonik utk mata & saraf optik..dimakan sesudu teh sebelum mengambil sajian utama 3 kali sehari.

BAIK UTK OBESITI
- makanlah 1 @ 2 biji tomato ranum pada awal pagi tanpa sarapan selama 2 bulan utk pengurangan berat badan...dan utk mengekalkan kesihatan...

BAIK UTK GANGGUAN USUS & HATI
- minum segelas penuh jus tomato segar pada awal pagi..campur dengan secubit garam dan lada sulah.. ni utk mengurangkan mabuk wanita mengandung, merawat masalah berkaitan hempedu dan hati serta jaundis.. juga utk merawat masalah penghadaman, angin dlm usus dan sembelit...

BAIK UTK GANGGUAN PERNAFASAN
- sebelum tido, telan 3 ulas bawang putih..kemudian minum segelas penuh jus tomato segar dicampur madu dan secubit serbuk pelaga..utk merawat TB dan jangkitan paru-paru.. meningkatkan pertahanan tubuh dan menghalang penolakan serta percampuran ubat2an...utk pesakit lelah dapat melegakan rasa sesak dan kejang... 

*** Untuk yg paling b'khasiat, pilihlah yg paling merah ranum.

## Utk yg lebih sedap, rendamkan beberapa biji tomato di dalam air.Yang tenggelam tu lebih sedap b'banding yg terapung sb yg tenggelam lebih banyak kandungan gula.  

{ diambil drp majalah ANIS }

Saturday, December 12, 2009

KeNanGaN D MaKtaB




                RiNdU ms kat IPTHO..bru abis kls ni huhu...




Kenangan ngan kengkawan ms anual diner j-QAF '09
 bilakah agaknya kta akan bersua muka lg?? 





Saat2 indah b'sama teman2 seperjuangan j-QAF
kls Pengajian B.Arab ('08 /'09)


TEMAN TERSAYANG...
KUINGIN KITA SPT ABU BAKAR AS-SIDDIQ,
PERSAHABATAN DIJALIN KRN AL-KHALIQ,
HARTA DIKORBAN BUKAN SEDIKIT,
CINTAKAN KEBENARAN SANGGUP BERSAKIT...
SERTA TAWAKAL IBRAHIM MULIA,
KETIKA MENINGGALKAN ISTERI TERCINTA,
D BUMI TANDUS TANPA BICARA,
MEYAKINI ALLAH SEBAGAI PENJAGA...

AKU IMPIKAN ANTARA KITA SEORANG UMAR,
BERDIRI TATKALA TUNDUKNYA MANUSIA,
BERSUARA TATKALA DIAMNYA MEREKA,
MENGGERUNKAN MUSUH DURJANA......

TEMAN...
KU INGIN KITA SEPEMAAF YUSUF,
TETAP MENCINTAI SAUDARANYA,
WLAUPUN DIHUMBAN KE PERIGI TUA,
TERPISAH DR AYAHANDA BERTAHUN LAMANYA...
AKU INGIN PUSARA KITA HARUM MEWANGI,
BAGAI HARUMNYA PUSARA MASYITAH,
SEMERBAK KASTURI....
AKU INGINKAN PERSAHABATAN INDAH INI,
BISA MENJADI SYAFAAT DI MAHKAMAH MAHSYAR NANTI.....INSYAALLAH...










RiNdU kat kengkawan sume
 hari2 yg bermakna msa kat USIM