AssaLaMuaLaiKuM..pembuka bicara


Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum...

Tiada kata yg dapat diucapkan selain memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi kesempatan untuk saya mencoretkan kata2 dan berkongsi info di dalam blog ini..
Semoga usaha yang sedikit ini dapat memberi manfaat untuk semua.. Diharap sape2 yg buka blog ni dpt sesuatu yg menarik walaupun sedikit...INSYAALLAH.....

Assalamualaikum penutup kata,
Tiada kata seindah bahasa,
Marilah berkongsi rasa & idea,
Untuk p'kongsian kita bersama...

Wassalam.......

Wednesday, December 16, 2009


PETUA IMAM SYAFI'E


4 PERKARA UNTUK SIHAT & MENGUATKAN BADAN

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas


4 PERKARA MELEMAHKAN BADAN :

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam


4 PERKARA MENAJAMKAN MATA :

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih


4 PERKARA MEROSAKKAN MATA :

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat


4 PERKARA MENAJAMKAN FIKIRAN :


1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama


4 CARA TIDUR :

1)  TIDUR PARA NABI

> Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

 2)  TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

> Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

 3)  TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

> Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

 4)  TIDUR SYAITAN

> Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


** Semoga perkara ini menjadi amalan kita semua sebagai orang Islam... Ilmu yang bermanfaat    ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

No comments:

Post a Comment